“Skill to Society” Kelas e-Usahawan
28 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2020: Giat Mara bersama Pusat Internet Batas Lintang mengadakan “Skill to Society” Kelas e-Usahawan kepada peserta kelas masakan. Kelas bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan peserta. Dalam kelas e-usahawan ini peserta berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunkan platform digital. Selain itu, peserta juga dapat belajar cara ataupun kaedah teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa dengan bimbingan staff Pusat Internet Batas Lintang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: